Monday, November 24, 2008
status ym penuh speku..
Sunday, November 23, 2008
Pemandangan indah di Brighton..
semalam, sebelum berangkat ke London, dapat satu message dari Kameel..Kameel: eh ajaaah..tgk luar..cantiknya sunrisee~
Ajah: surrey gelap aje... xde sunrise pn.
Kameel: jap demi ajah cayangness, kamel share2 kejelitaan alam nih
pss: oh, untuk pengetahuan semua, Kameel ni student yang buat foundation kat Brighton College.. :)
.
setelah gambar-gambar itu di hantar, aku terpana.. Subhanallah.. sungguh indah ciptaan-Nya... terima kasih Kameel sebab kongsi...kameel: jom laa..datang brighton...hihi pastu kita bleh tgk sunset sunrise sesame
Ajah: xsejuk ke tgk sunrise tepi laut?
Kameel: hehe kita bungkus la siap2. 5 - 6 lapis ke..
.
huhu.. wat lawak plak cik kameel ni.. em, sungguh, aku sangat-sangat nak g Brighton skrang.. sape-sape nak ikut? hihi.. tak de orang nak ikut, aku pegi sorang.. haha..
.
bila tengok ganbar-ganbar sunrise ni, teringat Farah.. dia mesti sangat suka... huhu...
lagi 3 minggu PUISI.. tak sabar nak jumpa semua.. :)
akma, awak harus masak untuk saya ye... hihi... (tapi kena sedapla.. kalo tak, mogok tak nak makan..)
"Dan sungguh akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah." (Surah Al-A'raf 7: 179)Wednesday, November 19, 2008
Iffah di London!!
post yang sudah 2 minggu tertangguh... :) gembira dengan kedatangan rakan yang dirindui... kawan-kawan yang lain, bilakah anda akan datang menjenguk saya?? mak cik- mak cik di Ireland, harus jangan jimat sangat..jom datang mainland cuti winter ni...
.
em, untuk pengetahuan semua, Iffah telah datang ke London berjumpa ayahnya yang datang ke UK untuk satu kajian kat Plymouth... (em, kajian apa ek...hihi...korang tanya Iffah la ye..)
.
.
.
pss: post ni di type dikala otak ku dah penat dengan nombor... huhu.. studi non-stop selama 2.30jam... harus aku dah tak nak tengok buku lama-lama dah pasni.. penat!!
.
plan minggu ni:
22November 2008
8.00am: bersama-sama budak2 Guildford ke London (London lagik...)
2.30pm: pulang ke Surrey
23 November 2008
terase nk duduk kat bilik baca buku aje.. hihi.. sape-sape nak saya ke uni mereka? (tawaran untuk kawasan London sahaja...haha..London lagik)
Monday, November 10, 2008
???
.
pss: Iffah, selamat tiba ke Queens Margeret.. Kirim salam kat Teah... nanti bulan Januari ni kita lepak sama-sama ek.. :)
Sunday, November 9, 2008
msg dari murid-murid ku..
.
to Adni: bagusla korang buat banyak latihan Maths... selain kefahaman, Maths memang perlukan latihan yang konsisten... huhu... usaha tau... jangan putus asa, especially masa tengah jawab exam nanti... kalau tak tahu, jangan terus tinggal, awak cuba gak jawab sekadar termampu walaupun sikit.. IA.. doa cikgu sentiasa bersama awak semua.. em, korang mampu ke tak? bagi cikgu, korang sangat mampu... masa cikgu bagi latihan pasal stright line dulu, korang jawab dengan baik... huhu... ada mase lagi seminggu, teruskan usaha ye.. :)
.
to akmal: Alhamdulillah, cikgu sihat.. dah makin gemuk dah pun..hihi... em, tahun depan cikgu balik Malaysia, adui, dah tak sempat nk ajar korang lagi... tak pe.. awak usaha betul2 tau...exam lagi seminggu... gunakan masa ni sebaiknya untuk wat latihan banyak-banyak.. bila dah biasa dengan soalan, IA leih senang untuk kita jawab soalan time exam nanti..
pss: kepada yang lain, usaha tau.. :) cikgu doakan korang semua berjaya ...
Saturday, November 8, 2008
mentari hidupku kan bersinar kembali...
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
.
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
.
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunanWahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu iniYang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawiKuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
.
dh byk kali post lagu ni...tp nk post gk lagi... ajah harus fighting.. teruskan usaha.. bersabar, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... "Dunia terlalu hina untuk kita menangis kerananya" ayat yang Kak Sal penah bgtau...
.
xtau nape, aku sgt rindukan saat kita sma2 gather lps subuh kt Surau As-Saad dulu.. saat kita sama2 beri sokongan, nasihat, dan agar kita sntiasa kuat, sntiasa tabah di jalan ni... skrg, aku harus fighting sorang2... tapi perlu tetap fighting...
.
aku akan ke London hari ini..blh jumpa mak cik Iffah..hihi... :)
Monday, November 3, 2008
Nottingham... 1 - 2 Nov 2008
.
setibanya di Victoria Underground, kami tersesat selama 15 min utk mencari Victoria Coach Station. setelah menelefon hampir semua warga London, akhirnya kami tiba di Victoria Coach Station tepat pada masenya.. setelah 3jam perjalanan, kami akhirnya berjaya menjejakkan kaki di bumi Notts...
.
.
.
.
Wednesday, October 29, 2008
Untukmu Izzat Hanafi
.
ni post utk Izzat yang bertanya 1 soklan Maths kepadaku 2hari lepas..aku amat sibuk..so ampun sgt2 kerna br nk post benda ni.. huhu...
.
.
n sigma is hasil tambah.. :) (seperti yg diketahui semua..)
.
.
.
Impian ke Durham menjadi kenyataan.
.
plan nye gini.. balik je dari PUISI, 27 Dis 2008, aku bakal berkampung di London selama sehari (jln2 lagik..hihi).. so warga London (either City or Imperial College, harus bersedia menyambut Ajah..) btw, aku prefer Imperial College sebab dapur dia lagi bes n ada 2 jejaka yang akan tolong basuh pinggan..hihi.. suke2.. tapi, kalau bdk2 City merayu aku ke sana, apa nk buat kan.. haha.. poyo le..
.
pastu, aku pulang ke Surrey (tanah yang belum aku cintai sampai sekarang...susah betul nak cintai Surrey kalau aku dah tersuka kat Durham..)
.
Outward journey: 2 Jan 2009 departs London Kings Cross at 13:30. Pada 2 Jan, aku bakal berangkat bersama senior terchenta, Kak Ema ke Newcastle.. IA bermalam di sana n bakal melawat Durham keesokan harinya.. boleh aku jumpa satu2 nya pelajar KPM yang survive di sana , Voo Chung Jun. Tiket train sudah dibeli..huhu.. doakan agar segalanya berjalan lancar tanpa sebarang halangan...
.
plan seterusnya ialah ke Scotland berjumpa Iffah, Nurul, n Teah.. korang jgn g mana2 time ni tau... :)
.
n kepada Mak Cik Akma, bila nk kuar dari pulau ala2 Sarawak tu? datang le mainland... harus kita g jalan2 sama2... hihi..
.
pss: kpd Guest: Ajah tidak begitu sempat utk mengupdate blog kerna kebizian dgn Maths n kerja2 lain (yakni..... biarlah rahsia..hihi).. IA akan update blog paling kurang skali seminggu..tu kira ok la kan.... haha...
Friday, October 24, 2008
Penyucian harta..
.
sebenarnya, sesuatu gk telah berlaku padaku... kisahnya gini.. aku telah book 2 tiket return ke satu tempat di UK sejauh 5 jam dari London.(korang blh bayang betapa jauhnya..).. n aku pun telah book 4 lagi tiket utk 2 kawanku..
.
pastu, dlm asyik aku merancang perjalanan ke tempat ni, aku dpt ym message dari sorang senior... bahawa perjalanan kami terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang sangat tak dapat dielakkan... mase tu, merah gak muka ku.. yela kan, tiket tu harga dalam 24 pound.. (convert duit Malaysia, duit aku burn sebanyak RM144)...
.
disebabkan tak dapat buat pape, aku pun redha jela..huhu... pastu, senior yang sepatutnya pergi dengan aku ni kata: Tak pe Ajah, mungkin tu penyucian harta.
.
huhu..betul gak.. segala yang berlaku pasti ada hikmah...
musim kebizian...
.
dan aku, kelas paling lama 4 jam sehari...ada yg 2jam sehari je.. adus, masa lapang yg banyak melekakan.. harus aku buat keja2 lain...
.
ada hadith yang kata 2 nikmat yg di...... (di apa ye? lupa2..)... iaitu nikmat masa lapang n nikmat kesihatan yg baik... dan skrg, aku harap aku dpt gunakan mase ku se optimum yg mungkin... harus baca n tambah pengetahuan...
.
assignment utk minggu depan sudah aku siapkan... tinggal kena studi skt2 utk tajuk yg bakal di ajar minggu depan n prepare utk test real analysis esk... semoga masa ku diisi dgn perkara yg bermanfaat...
.
kwn2, jom g Cardiff... to Khairul: aku pn ikut korang adik-beradik ke Cardiff... hihi... n jom gk g Nottingham utk Palestine Conference... :)
Thursday, October 23, 2008
ke London lagi...
.
Jadual perjalanan aku di London (Sabtu, 25Oct)
7.30am: bersiap2..
8.00am: ke Guildford Train Station.
8.30am: bertolak ke Station London Waterloo..
9.00am: mungkin ke Oxford Street, mencari hp kerna aku xsanggup lagi men top ip hp ku ini.. lg bes gna free minutes...
12.50pm: solat berjemaah dgn Aishah Fatihah (aduh, dh lama aku xsolat jemaah)
2.00pm: masak-masak bermula..
3.00pm: makan-makan.. (harap2 sedap..hihi)
4.00pm: Ke kedai..
7.00pm: Ke rumah Kak Nik
Ahad (26 Oct)
6.30am: bertolak dr Imperial College ke Waterloo Train Station
8.00am: bertolak ke Surrey :)
.
Semoga perjalanan ku dipermudahkan...
.
pss: Aishah, aku dh beli sayur mayur yg agak2 murah... baby corn xbeli..mahal sgt deyh..hihi... harus kita berjimat-cermat... hihi...
Tuesday, October 21, 2008
Palestine Conference 2008

Meneladani Peristiwa Hari Hartal
Wacana ini akan cuba menjawab beberapa persoalan penting, iaitu:
- mengapa berlakunya peristiwa ‘Hari Hartal’?
- apakah strategi yang digunakan British untuk menyekat kemaraan rakyat Tanah Melayu?
- apakah signifikannya peristiwa tersebut dengan situasi semasa Malaysia?
Panel yang dijemput untuk membincangkan isu ini ialah Saudara Muhaimin Bin Sulam. Beliau merupakan seorang mahasiswa pasca-ijazah PhD di University of Wales, Lampeter.
Berikut merupakan maklumat lanjut program:
Tarikh : Ahad, 26 Oktober 2008
Tempat: Darul Isra’ Islamic Centre
Masa : 1.45 petang – 3.45 petang
Sekiranya anda berminat untuk menghadiri ke wacana ini, sila emailkan NAMA, UNIVERSITI dan TAHUN PENGAJIAN kepada Saudari Dayang Nur Hadziah di email – mind_empirez@yahoo.co.uk
untuk maklumat lanjut, hubungi Azad (pengarah program) di email: azad282@yahoo.co.uk.
apakah itu hari hartal? huhu..blh wt research dgn search "10 tahun sebelum merdeka" kt Youtube.. :D
Monday, October 20, 2008
Wakil dari Durham terchenta...
Sunday, October 19, 2008
Madu..
cerpen ni diambil dr dr blog Rawdha Sakeena.
.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopakbawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?"suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalikFatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"Perjuangan, " jawab Fikri.
.
Monday, October 13, 2008
KYUEM dalam kenangan- part 1
.
.
Treasure Hunt.. IAW 2007... Revert to the Virtuous Love... ahli2 yg menjayakan treasure hunt... (mana ketua kami?? haha.. br balik dr DOE..redha2...special thanks to Syazwan yg amik alih tugas ketua kami..cuba teka sape? haha).
.
Garnet Tribal Dance... Nostalgic Nite... sgt suke sbb blh buat baju org asli, n menari tarian yg sgt simple tp sgt unik.... go garnet!!.
.
.
.
.
giliran...org lain dh smpai Sarawak pn...huhu..
Dari kiri: Fatimah, Farah vice sc, Wahida, Tiqah, Me, Nurul (aka mak kucing...skrg dh jadi mak burung..haha), Nova (jenama keta kt Belfast..hihi), Jannah... KYUEM dalam kenangan- part 2
.
MOC... sgt bes...adik2 jgn lepaskan peluang ke MOC..daftar awal2, kalo x, kena g WOW.. (tp WOW pn bes gk..huhu).. ni groupmate aku... dgn fasi Kak Majdina n Kak Hajar....




